Saturday 22 December 2012

Tips hadapi exam


Assalamualaikum,

Dah lama tak taip-taip... sekarang musim study week, sebab Januari adalah bulan peperiksaan bagi budak degree. Anyway, aku baru pulang dari satu program Mabit (Malam Bina Iman & Taqwa). Program untuk qiam di masjid, bersempena peperiksaan yang bakal menjelma.

Tapi bagi aku highlight program ni adalah dua ceramah dari dua orang professional yang datang dari generasi yang berbeza. Selepas Isyak malam jumaat, ceramah dari seorang doktor pelatih di UM, dia cerita pendekatan diri kepada Allah dalam setiap pekerjaan. Kuliah subuh esoknya pula disampaikan oleh seorang pak cik yang telah jelajah hampir separuh dunia dan hanya bayar cukai RM 40k. Mereka berdua adalah insan yang cemerlang dalam bidang masing-masing. Firman Allah dalam surah Al-Anfal, ayat 60-65:

 [60]
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.


[61]
Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

[62]
Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.

[63]
Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[64]
Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu, dan juga pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.

[65]
Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.

Apa yang penceramah nak tekankan pada kami adalah:

  • ·        Sebelum berperang (peperiksaan) kita kena bersedia kekuatan (emosi dan rohani) dan pasukan berkuda yang terbaik (fizikal, contoh buku-ilmu, peralatan menulis yang lengkap)
  • ·        Kuda yang terbaik- maknanya kita kena membuat persiapan yang mantap dan bukan calang-calang. Belajar kena bersungguh-sungguh sampai kita rasa A dalam tangan.
  • ·        Persiapan kita yang lengkap sampai orang pun rasa kita akan berjaya, kita belajar sampai kawan kita pun target kita dapat A. Kalau berperang musuh pun takut, sebab rasa kita akan menang.
  • ·        Islam suruh kita jadi hebat dalam bidang kita
  • ·        Tarbiyah sendirian mesti dilakukan secara berterusan
  • ·        Betulkan niat belajar
  • ·        Usaha dulu baru Allah tolong, bukan tawakal awal-awal
  • ·        Belajar demi Allah, selalunya niat yang baik hasilnya baik
  • ·        Belajar kerana tanggungjawab, tanamkan dalam diri yang aku belajar bersungguh-sungguh agar aku faham dan pandai serta boleh berbakti dengan ilmu ku, bukan untuk dapat A sahaja
  • ·        Kenali diri sendiri, macam mana cara belajar paling berkesan buat kita
  • ·        Rancang awal dan jangan tinggalkan Allah, nescaya Allah sentiasa bersama kita. Jaga hubungan kita dengan Allah.
  • ·        Percayalah bahawa belajarlah sekuat mana pun, kalau Allah tak izinkan kita dapat cemerlang, kita tak akan cemerlang.
  • ·        Jangan cakap, “alah, aku memang tak pandai”, macam mana kita nak tahu kemampuan kita kalau kita tak cuba pun.
  • ·        Sesungguhnya semua telah ditetapkan Allah jadi banyakkan berdoa agar Allah kabulkan permintaan kita.
  • ·        Buatlah apa-apa pun, Allah tempat kita bersandar, dan ketahuilah walaupun kita tak ada apa-apa langsung, tapi cukup Allah bersama kita.

Semoga korang dapat manfaat bila baca.