Thursday 29 December 2011

kalau kita x jaga, siapa lagi?






Assalamualaikum,

Alamak!!! Time2 peksa pentinglah aku ada idea nak menulis ni. Bencilah. Okay, whatever. Today (amboi...), aku nak cerita pasal manusia yang tak bersyukur.

Si polan: ehem2, macamlah tuan hamba seorg yg sentiasa brsyukur.

Aku: Si Polan syg...., dengar dulu cerita aku baru judge....nano.

Okay berbalik kepada topik kita hari ini. Dulu time sekolah2 dulu ada member aku sorang ni...bukan sorang sebenarnya, satu geng. Diorang cerita pasal agenda sedih family masing2. Mak ayah lebihkan adik-beradik lain la, mak ayah kuat bergaduhlah, ayah pukul maklah, cerita keluarga kurang bahagia la ni. Aku time tu tak kenal sangat diorang. Aku nyibuk je nak dgr diorg borak pasal ape. Tapi pedih la telinga dgr.

Aku ni sebenarnya tak suka dengar org kutuk2 ni. Chewah ye ke? Selalunyalah, tapi kadang2 aku join jgak time tak dpt kawal diri. Tapi kita berusahalah jgn tergoda ngan syaitan, okay. Mase tu aku rasa macam nak sound je mereka2 ni semua.

Aku: Yang korang selambe buka pekung di dada ni pehal? Ni kan masalah keluarga, kita mana boleh cerita. Dah lah cerita nada tragis, cam dia mangsa dera siap nangis2 lg. Tak ke org yg dgr cerita anggap yg parents kita ni jahat. Bukan ke korang kira mengumpat mak ayah?

Memang lah mak ayah kita bukan perfect cam dalam drama tv3 tu, tapi cerita kat org benda yang tak sedap di dgr tu kan berdosa dan mendtgkan aib kat mereka. Cuba bayangkan korang cerita benda jahat pasal mak korang dengan kawan baik korang, then, time raya kawan dtg rumah. Mak kita yang layan, tak ke kawan korang teringat betapa kejamnya makcik depan mata aku ni layan kawan baik aku. Nak pulak dia ni baik dengan mak dia, dan semua cerita kongsi ngan mak dia. Tak ke mak kawan kita pandang serong kat mak kita. Ot. Wat malu je. Pasal mulut kita yang laser ni, family dipandang hina.

Okay, fine. Aku tak rasa nasihat aku ni berupaya (chewah...cam ayat buku) wat korang berubah. So apa kata korang berfikiran positif sikit or pandai cover line kalau terlepas cakap. Aku ni tak leh tengok org lama2, mesti ade je benda nak cerita. So, kalau korang jadi cam tu, fikir positif dan cerita benda positif je. Tak perlu menipu tapi puji benda yang baik je, jgn cerita benda yang negatif. Contohnya,
Kawan korang cerita pasal ayah dia dan korang terlepas cakap;

Korang: Baiknya ayah ko. Ayah aku kalau adik-beradik aku buat salah, marah mulut ni tak main la. Tangan ngan kaki je naik. Opsss.

Kawan korang: ye ke? Kejamnya ayah ko.

Korang: kejam ko kata. Serius aku dan adik beradik aku ni jenis tak makan saman, jenis keras kepala. So kalau ayah aku tak wat macam tu, aku rase kitaorg mesti jadi rosak, perangai cam hantu ape semua. Aku memang bersyukur sebab aku kira takut nak buat benda tak elok sebab takut kat ayah aku.

Hah, cam ni kan bagus. Berfikiran positif wat kita tak berdendam dan sebagainya. Buat hati tenang dan gembira. So sama2 lah amalkan dlm kehidupan seharian.

P/S: kalau kita tutup aib orang, Allah janji akan tutup aib kita di hari kiamat. Korang pernah tak buat sesuatu yang korang tak akan bagitau org lain dan nak rahsia kan sgt2? Kalau ade, baik jaga aib org sebab nnt aib kita akan di ketahui 1 dunia di akhirat kelak. Time tu muka kita jatuh giler sebab malu. Renung2kan, dan selamat beramal.

Sunday 20 November 2011

kenal dulu, nilai kemudian....peace


Assalamulaikum,

Hari ni aku rasa emosi tak stabil. Semalam hari sabtu ada satu ceramah yang wajib dihadiri, tapi pening kepala punya pasal, aku tak pergi. Mak ayah ajak balik tapi kononnya nak pergi ceramah, aku tolak. Rugi je kan?

Tiba-tiba dapat satu mesej dari classmate yang mengatakan lecturer marah budak sem 1 sebab ramai yang tak datang ceramah wajib dan nak jumpa sesiapa yang berkenaan nanti. Aku pun rasa bersalah. Patutnya pergi je time pening-pening tu, lepas tu bantailah tido kat sana nanti. Aku pun satu, baca post kat fb tak habis, rupanya ada terselit ATAS ARAHAN NUSA. Kawan aku yang mesej tu kata dia baca post tu dekat group page kelas kami pasal lecturer marah tu. Aku yang inginkan kepastian pun buka la page tu.

Then, STEAAAAAAAAAAARRRRPPPPP. Terkoyak hati. Seseorang terpaksa menanggung kesalahan kitaorang. Dia kena marah dan dia postkan rasa kekecewaan dia tu kat page. Tapi dengan penuh kebencian, dia luahkan dengan menggunakan kata-kata kesat. Ramai yang panas, tapi sikit je yang bersuara. Ramai taknak cari gaduh. Ada yang menambah untuk kongsi rasa tak puas hati. Katanya nama budak sem 1 dah busuk gara-gara benda ni.

Aku bertambah rasa bersalah. Kecuali pada yang guna kata-kata kesat tu. Yelah memang kami salah so marah dan nasihat jelah. Perlu ke maki? Aku komen post seorang kawan yang merasakan benda yang sama. Bagi aku, dia dah maki kitaorang kerana kitaorang tak datang, jadi rasanya hutang dah dibayar. Kitaorang tak perlu minta maaf kat dia lg la kan? Setelah bertelagah beberapa lama, ramai yang nasihatkan suruh berhenti. Percakaran tu menggundang rasa tak selesa kat ramai pihak. Takut hubungan sekuliah jadi awkward. 



Ada yang cakap semua ni adalah disebabkan emosi tak stabil. Bila dah marah, kita kurang berfikir secara rasional. Aku pun dalam keadaan marah, walaupun rasanya dah komen dalam keadaan sabar, tapi kata-kata aku masih tajam. Mungkin kerana masih tak boleh terima kenyataan bila orang guna perkataan yang tak professional. Setelah tenang aku berfikir lagi, jangan kerana satu kesalahan dia kita lupakan seribu perkara betul yang dia buat. Ok. Aku kena tenang. Baru banyak perkara positif yang datang. Kita ada kekurangan dan kita perlu terima kekurangan orang lain. Perkataan kesat mungkin satu kebiasaan bagi sesetengah orang. Dan setengah yang lain sangat tak boleh terima dan rasa itu adalah sesuatu yang menunjukkan orang berkenaan tak hormat langsung dengan siapa dia bercakap. Kawan rapat pun kena hormat, apatah lagi rakan sekuliah sahaja. Jadi aku cakap dengan diri aku, lain orang lain definisinya. Kenali rakan dan nilai kemudian.

Namun, berapa kali aku fikir, aku still rasa guna perkataan kesat memang salah. Ada banyak lagi perkataan tajam yang boleh digunakan. Contohnya cakap gunalah akal sikit daripada cakap ‘kurang bijak’ korang-faham-maksud-aku.

Apa pun, aku minta maaf kat orang yang datang dan yang ada sebab munasah tak datang yang cool je. Tak sangka sedikit kesalahan kami tinggalkan kesan yang sangat besar kat korang. Benda ni bukan dirancang untuk nak malukan batch kita. Serius aku rasa bersalah dan sedia terima hukuman. Lepas ni janji tak buat lagi (angkat ikrar tangan kanan dengan genggaman tangan kiri di mulut sambil membesarkan mata dengan harapan nampak comel). Bak kata pujangga Deeya, mari muntah secara berjemaah. 



p/s: sesiapa yang pernah buat salah dengan aku, or terasa macam pernah buat salah padahal takde pun, dan berniat nak minta maaf, don’t worry, aku dah maafkan. Aku tak boleh tidur dalam keadaan marah dan dendam jadi aku akan lupakan kesalahan orang dalam masa 5 minit. Lebih parah lagi, aku juga akan lupakan kesalahan aku sendiri dalam masa 5 minit gak. Sebab tu ramai yang angin dengan aku.

p/s si polan: mana taknya. Orang tengah marah dengan dia, tapi dia buat macam takde apa-apa siap tegur dan senyum-senyum lagi.

p/s 2: aku tak akan lanjutkan perkara sejam yang lalu. Jadi sabar jelah kalau kita macam bergaduh tapi aku boleh cakap dengan korang macam biasa. Itu perangai aku yang susah nak diubah. Sorry.

Saturday 5 November 2011

ELEVEN Q&A by hanyasekadargadisbiasa.blogspot.com

1) Kenangan ngan 1st love korg?
time sekolah rendah...dah tak ingat

2) Koko krunch atau Honey Star?
dua-dua

3) Mimpi paling best dan korg takleh lupa sampai sekarang.
mimpi orang yang aku suka cakap I love U kat aku sebelum kena heret dengan hantu

4) Ciri wajib ada kat laki/perempuan yg korg nak kawin. SATU je okeh.
romantik

5) Definisi CINTA bagi korg. Tak lebih 5 patah perkataan haha (jenuhla korg nak pikir :p)
hati berdebar tika dia ada

6) Harry Potter atau Twillight?
twilight, aku suka filem yang romantik gitu

7) Pengalaman paling memalukan bagi korg.
aku pernah marah orang sebab ingat dia mengata aku, rupanya dia cakap kat orang lain. malunya

8) Kalau dapat rm sejuta, apa yang korg nk buat dengan duit tu? list 3.
1. buat haji
2. pergi lawat 7 wonders
3. buka butik sendiri

9) Doktor atau Ustaz/Ustazah? 
kalau ko tanya aku nak kahwin dengan siapa: ustaz

10) Pendapat korang pasal blog aku ni? Any improvement?
tak tahu. aku baru jadi follower. 1st impression best la

11) Last, pendapat korg sal aku pulak. Sebab korg tak kenal aku, bagi gambaran jela ye. Sila jujur okeh hehe.
sempoi dan jujur. kalau ko baca sila komen ko rase betul ke tak?

Friday 4 November 2011

ELEVEN Q&A by katahati93.blogspot.com

  1. citer kartoOn yg paling korang minat..
Danny Phantom & avatar: the last airbender..nak sebab ke? bagi jelah. sebab kartun dia cantik and best.

2. pernah ponteng kelas or kuliah tak? and why?
pernah dan selalu. hehehe. sebab takut kena marah tak buat keje. kuang asam kan?

3. layan English Premier League (EPL) tak?
tak minat, tak tengok langsung. minat sukan yang cepat dapat mata macam tenis & badminton

4. kalau yer, sokong team mane?
tak tahulah sape yang masuk. tapi aku minat semua pemain yang handsome. hahaha. banyak kalau nak nyatakan

5. lagu yg paling korang minat and why?
sent it on- Disney artist & count on you- big time rush feat jordin spark
sebab lagu dia membawa makna pada diri

6. suke dengar ceramah?
yes, terutama ustaz kazim & ustaz alias

7. kenapa perlu couple? (if ada)
takde couple. sebab lebih percaya cinta selepas perkahwinan.

8. andai kata BF/GF korang love two person at the same time, ape korang nak buat?
tinggalkan dia, kalau couple pun tak boleh setia. nanti kahwin pun sama. orang tak setia tak payah simpan

9. target kahwin umur brape?
27. ikut mak ayah. diorang bahagia je

10. ape perasaan bila korang suke someone, but dia suke org lain?
kecewa tapi akan menyukai dia dalam diam, doakan dia bahagia. tak semestinya suka kena miliki

11. perasaan bila kena jawab soalan nih 
rasa macam interview pulak. jawab salah kena tembak...hahaha...gurau
terharu sebab ajak join...tq...ajaklah lagi

dont judge people sesuka hati....

Assalamualaikum,

Wah...wah....wah...tak sabar nak balik beraya qurban. Lama sangat dah tak jumpa family. Kepada pembaca blog ni dan kawan2 mukabuku, aku nak ucapkan salam aidiladha. Makan daging tu jangan lupa saya ye (apahal tetiba guna saya pulak ni?).

Si polan: ceh, sibuk je. Nak ingat kat ko buat ape? Buat tak lalu makan je.

Sour-less!!!. Sudah genap 2 bulan aku bersama si polan, semakin tajam bak sembilu ye kata2nya sekarang. Takpe la aku maafkan, kalau takde si polan si mulut laser, tak berserilah blog kan? Betul tak? Hehe...tetiba aku.

Okaylah saudara-saudari sekalian. Hari ini seperti tajuk di atas, aku nak bagi taskirah sikit sempena hari jumaat ni. Chewah. Ia bermula apabila ada seorang hamba Allah yang biasa dari segi agama. Sentiasa melakukan yang wajib, yang sunat pula dilakukan bila ada orang ajak je. Perempuan ni pakai tudung biasa (tak labuh), tapi sentiasa tutup dadanya. Dia tak ada teman lelaki kerana tahu benda tu haram. So korang dapat gambarkan tak perempuan yang macam mana? Orangnya baik, tapi tak alim sangat. Dia cuba tak lakukan dosa tapi tak pula buat apa-apa untuk tambahkan pahala. Macam kebanyakkan oranglah dia ni. Aku bagi nama dia A.

Setelah dia masuk universiti, dia diajak oleh kakak senior untuk join solat maghrib dan isyak berjemaah dekat surau kecil wanita. Maknanya yang hadir adalah wanita je. So dia ni pun nak joinlah memandangkan dia ni kurang khushuk solat sorang2. Ditambah lagi ada taskirah, bacaan yassin, tafsir Al-Quran dan sebagainya selang-seli setiap hari sepanjang minggu. Dia rasa macam ini adalah langkah terbaik untuk mengukuhkan ilmu agamanya.

Keesokkan hari, dia ajak rakan serumah dia yang memang asal dari keluarga yang alim, pakai tudung labuh, dulu sekolah pun dekat sekolah agama. Dia nampak setiap hari, setiap kali azan je, housemate dia tulah orang pertama yang ambil air sembahyang. Selain itu, housemate berkenaan selalu baca Al-Quran selepas solat. Nama housemate dia pula B. Jadi si A ni memang rasa yang B akan ikut serta ke surau memandangkan B lebih alim dari A. Tapi apabila di ajak:

B: Huh, ye ke? Tapi aku malaslah nak pergi. Cuba ko tanya C, kot2 dia nak pergi.

A berkerut hairan. Lalu;
A: Tak sangka aku. Aku ingat orang yang alim macam ko ni nak pergi program islamik macam ni.

B terdiam. Kerana B memang jenis sopan yang tak suka bergaduh, dia tersenyum je.

Sekarang anda nampak tak? Aku bukan nak cerita B ni berperangai berlainan dari orang tudung labuh yang lain, tapi pasal A yang suka2 buat penilaian sendiri tanpa fikir panjang. Tak semestinya orang berpakaian muslimah yang tak join majlis ilmu agama adalah orang berpura2 alim dari segi pakaian. Cuba fikir balik, siapa yang anjurkan program tu? Senior yang biasa, bukan ustazah atau pelajar kursus agama di universiti. Mungkin senior tu pun mengajar agama dengan ilmu yang dia dapat semasa sekolah agama dulu. Jadi kalau budak sekolah agama tak join, mungkin sebab dia dah belajar benda yang sama semasa di sekolah. Yang kita yang tak pernah pergi sekolah agama dan sah2 kurang ilmu nilah yang wajib pergi. Ni boleh pula dia kata;

A: aku tak hairan kalau C taknak pergi, lagipun dia tu bukan alim sangat.

Hello, orang yang tak alim ni lah yang kita patut ajak, sebab dia ni bab agama tak pandai sangat. Yang alim dan dah pandai, taknak pergi biarkanlah. Ada ke dipaksa2. Kenapa benda senang pun kita susah nak fikir? Aku tau, sebab orang yang macam A ni adalah orang yang tak suka berfikiran positif. Asyik ingat dia punya judgment je yang betul. Cubalah bersangka baik pada semua orang. Islam mengajar kita bersangka baik. Bila nak buat benda baik tu, jangan lah buat dosa pula. A bukan saja tuduh kawan dia, tapi dah guriskan hati B. Kan dah dapat 2 dosa dah.





jangan tuduh-menuduh nanti gaduh...peace


Lagipun nak ajak orang buat benda baik orang taknak ikut walaupun dah dipujuk, takpe kita dah dapat pahala dah. Tapi ajak orang buat dosa, selagi dia buat, selagi tu kita dapat dosa juga. So jangan kecil hati kalau kawan taknak buat baik bersama, mungkin dia tak dapat hidayah lagi. Kita yang dah dapat petunjuk Allah ni patut rasa bersyukur. Tapi kalau kita nasihat, pastu dia cakap:

Si polan pelaku dosa: Emm, i bukan taknak buat, cuma rasa belum dapat hidayah lagi.

Kalau aku: Head brain ko. Aku datang bagi nasihat ni Allah tengah bagi petunjuk kat ko la ni.

Tapi Islam suruh kita berlemah-lembut. Jadi jawab lah macam ni ye;
Kita: hidayah ni bukan senang2 kita dapat. Kita kena cari. Kalau ko mati esok, sempat ke ko nak bertaubat? Nanti kat akhirat, malaikat tanya: awak tahu tak benda ni Islam larang? Ko jawab: tahu. Malaikat tanya: kenapa awak buat. Ko nak jawab apa? Ko fikir perbuatan ko boleh terlepas azab neraka nanti?

Hah...berhemah la sikit time nak nasihat kawan tu. Moga2 dia tersedar kesilapannya dan mula berubah. Kita ni dituntut berdakwah. Ajak orang lakukan kebaikan. Kalau rasa takut nak bagi nasihat kat orang sebab rasa tak penuh lagi ilmu didada. Ajak lah dia lakukan perkara baik seperti solat berjemaah, dengar taskirah dan sebagainya. Biar ustaz yang ajar dia.

Apa2 pun aku nak bagi tau ini bukan cerita pasal aku, or orang yang aku kenal. Cuma sampaikan yang baik untuk dijadikan tauladan. Sehingga berjumpa lagi.

P/S: Orang kata tak ikhlas itu hipokrit, macam pakai tudung. Bagi aku kalau rasa tak ikhlas, anggap saja yang pakai tudung ni undang2 Malaysia. Sapa tak pakai kena masuk penjara. Pasti korang pakai, perasaan tak ikhlas tu lama2 hilang. Dan bila orang tanya kenapa ko pakai tudung? Korang jawab: ntah dah biasa.....peace.

Wednesday 2 November 2011

Pencarian Blog Follower Bawah 500






jika follower anda kurang 500, apa tunggu lagi!!! joinlah segmen ini. 

maklumat lanjut, klik banner di atas

Monday 31 October 2011

bergurau isu sensitif, orang lain terluka..............


Assalammualaikum,

Aku nak kongsi sikit. Aku baru je balik dari satu program anjuran Nusa (persatuan untuk pelajar2 nursing). Kitaorang melawat dan memberi pendidikan kesihatan kepada penduduk kampung dekat negeri sole-sole berkenaan. Overall memang best, walaupun ada masalah pengangkutan sikit. Tapi keseronokan sepanjang berada di sana memang buat aku lupa pasal cerita duka tu. Senior2 memang penyanyang dan peramah sangat. Agaknya setelah belajar nursing, tersuntik sifat penyanyang tu. Tapi ada kejadian yang sangat memalukan di sana, membuatkan aku menjadi pendiam buat sementara. Ceh, ye ke? Okay, terfikir nak keluar universiti sebab malu yang teramat. Apa2 pun aku tak risau sangat sebab aku cuba tak menonjolkan diri, so harap semua yang terlihat agenda berkenaan akan lupa. Pleaselah lupa. Nak tahu pasal program tu? Hah, klik sini. Budak ni pergi juga dan adalah gambar2 time dekat situ.

Aik, mesti korang pelikkan. Budak ni betul ke tak? Lari betul tajuk dia. Okaylah kawan2, sebenarnya aku dapat idea nak tulis tajuk kat atas tu semasa join program ni la. Tu je nak bagitau. Alah, nak intro sikit pun tak boleh...hehe.

Okay, berbalik pada topik aku. So, korang pernah tak terkena, mengena atau terdengar perkenaan orang lain (wah...mewah betul bahasa aku, imbuhan bombastik tu). Bagi aku, bergurau kasar ni kena tengok orang juga. Kalau dah kawan kita tu, first time kita bergurau dengan dia, tak kan nak terus gurau melampau-lampau ni. Kalau kita pun, orang yang tak rapat sangat bergurau tentang isu2 sensitif ni, mau tak angin.

Bagi perempuan, isu gemuk dan hodoh ni satu tamparan yang sangat hebat. Berbeza dengan lelaki yang kebanyakannya cakap: ada aku kesah?. Yelah perempuan kalau lelaki gemuk or hudus, perempuan terima je, asal romantik. Tak macam lelaki, makwe member pun nak kutuk dan hasut supaya kawan tinggalkan gila-frenz diorang.  Alasannya; ko tak malu ke jalan sebelah dia? Amboi, lelaki hudus dapat makwe cantik, cool. Lelaki hudus dapat makwe hudus, nak malu pula. Agak biadap ye mereka. 

Lain pula ceritanya kalau gurauan tu memang 0% benar dan terang2 nawok semata-mata (nawok- tipu dalam bahasa Kelantan...dah naik ke band MUKET aku?...malaysian united kelantanese test). Contohnya; cakap hodoh dekat orang yang menang ratu cantik. Itu kategori gurau. Tapi gurau pada orang berkulit gelap contohnya; wei aku rasa kalau ko pergi Africa, gerenti jadi ratu kat sana. Itu kalau gurau dengan aku, memang kena makan kasutlah jawabnya. Diorang ni tak reti beza ke, benda yang boleh dibawa bergurau ataupun tidak? Macam orang yang tak ada otak.

Ada yang kata lelaki memang bergurau kasar. So... perempuan kena terima jelah? Banyak cantik muka ko. Jaga lah mulut wahai kaum Adam yang nak pupus dah kat Malaysia ni. Jangan nak jatuhkan air muka orang lain sebab nak jadi ceria lah konon. Bergurau dan mesra dengan orang lain, nak jadi happy go lucky apa semua. Boleh, tapi still ada limitation. Bukan semua orang boleh terima gurau kita. Ada yang terasa. Ada yang menikam dan mungkin ada yang berdendam nanti.

Jejaka polan: hello, u ingat semua lelaki macam tu ke? Perempuan pula tak ada yang bergurau tak jaga perasaan orang lain?

Serius, aku tak bermaksud nak cakap semua lelaki sama. Tapi yang aku jumpa lelaki la yang perangai macam tu dekat Nusa masuk kampung. Tapi nasihat ni untuk perempuan juga. Yang atas tu contoh yang terjadi yang aku tahu. Jadi berubahlah rakan2. Kalau anda berada dalam situasi tu, terdengar orang lain buat atau kawan anda ada penyakit ni, jangan lupa nasihatkan mereka. Saling mengingatkan kepada yang terlupa, memberitahu kepada yang tak tahu. Sharing is caring.

Baiklah, sampai di sini jelah. Jumpa lagi.

p/s: banyak lagi benda yang boleh dibawa bergurau. Kalau nak jadi orang yang disenangi kerana sifat happy-go-lucky kita, kreatif la sikit dalam perbualan. Tak semestinya dengan gurauan saja.

Tuesday 25 October 2011

Local and Foreign car...why they are different?

Assalammualaikum, friends, enemy, frienemy alike...

Haha... ayat siapalah tu? Siapa yang tak tahu, tengoklah tuib-anda banyak-banyak..

Ok lah saudara-saudari sekalian. Hari ini aku nak tulis sedikit pasal perbandingan antara kereta tempatan dan luar negara. Sebenarnya ada terbaca entry seorang hamba Allah ni pasal isu ni, kalau dia terbaca, aku sekadar nak bagi pandangan aku je. Walaupun ini entry dia yang lama tapi aku rasa isu ni masih relevan untuk dibicarakan.

Menurut sahabat aku ni, dia ada terlibat dalam satu kemalangan kecil dimana dia sedang berada dalam kereta jenama luar negara manakala orang yang berlanggar dengan kereta kekasihnya pula pakai kereta buatan tempatan je. Sebab kemalangan yang kecil je, kereta yang dia naiki tidak ada kesan apa-apa tapi yang pakai kereta tempatan tu teruk juga keadaan keretanya. Dan conclusion entry dia adalah kereta tempatan tak berkualiti. Titik.

Jadi pandangan aku (of course la aku sokong kereta tempatan), aku nak tanya siapa yang penyebab kereta tempatan kurang dari segi kualiti berbanding kereta luar negara? Kitalah. Terlalu agungkan kereta luar negara, tak mahu beli kereta tempatan. Jadi macam mana lah syarikat kereta tempatan nak ada dana untuk tingkatkan kualiti produk mereka. So aku rasa tak patutlah kita nak memandang rendah kat syarikat kereta tempatan hanya sebab kekurangan kita dalam memberi sokongan terhadap jenama tempatan.

Ke-2: cuba kita bandingkan harga. Sekecil-kecil kereta jenama luar negara adakah sama dengan harga kereta tempatan? Dah kereta tempatan murah harganya jadi kualitinya juga berpatutanlah dengan harganya. Sepatutnya kalau nak bandingkan kereta, kenalah bandingkan saiz, jenis dan harga. Kalau semuanya sama, baru relevan bandingkan kualiti. Kalau melabur banyak, untungnya banyaklah. Karang buat mantap2, mahal tapi takde orang nak beli. Siapa nak tanggung?



*si polan: alah i tengok kualiti tau beli. Kalau mahal pun kereta tempatan, tapi berkualiti i beli.

Ye ke? Aku rasa kalau kereta tempatan mahal mesti ada yang cakap, “kenapa mahal sangat? Kereta tempatan je pun. Diorang taknak rakyat Malaysia ni pakai kereta agaknya.” Percayalah cakap aku. Banyak yang negative dari positifnya. Bukan semua orang kat Malaysia berkemampuan beli kereta yang berkualiti tinggi dan mahal. Ada yang berkenderaan untuk kemudahan semata-mata, kualiti kereta tu bukan jadi keutamaan mereka. Jadi kita patut bersyukur bila kereta tempatan murah harganya. Jadi orang yang susah juga dapat merasa kemudahan pengangkutan.

Ke-3: memang mentaliti kita megahnya pakai kereta jenama luar negara. Kalau kereta tempatan rosak korang kata-

Korang: ishk, ni yang aku malas nak beli kereta tempatan. Tak berkualiti. Asyik-asyik rosak.

Si batu api: memang pun. Tengok aku mana ada beli kereta2 tempatan ni. Aku dah tahu dah mesti banyak hal punya.

Tapi kalau kereta jenama luar negara rosak, korang kata-

Korang: aih kenapa boleh rosak ni. Alamak siapa buat rosak kereta aku? Ke aku yang ganas sangat bawa kereta?

Aik, salahkan pemandu pula? Kereta tempatan tak pula salahkan diri sendiri. Kawan2 anda pula kata-

Kawan anda: semua benda rosak. Bagitahu aku, benda apa yang tak akan rosak selama-lamanya? Kalau kereta tak akan buat hal, senanglah hidup. Sepanjang hidup beli satu kereta je. Ko dah mati, kereta ko elok lagi, waris kat anak cucu ko.

Aik, pandai pula berfikiran positif. Kereta tempatan kenapa tak cakap macam tu? Berbeza sangat ke? Nampak sekarang. Siapa yang salah sekarang ni? Kalau kereta tempatan banyak betul salahnya yang kita nampak. Kereta luar negara kentut pun wangi.

Marilah berubah kawan2. Hidup ni tak akan seronok pun kalau semua benda kita asyik tak berpuas hati. Macam2 serba tak kena. Cubalah bersederhana dan bersyukur supaya kita lebih menghargai apa yang kita ada.

P/S: dunia ni akan lebih damai kalau makin ramai orang berfikiran positif. Anda akan jadi positif jika berfikiran positif. The power of positive thinking lead you to success, so B+. Hehe, jenis darah aku ni.


Monday 24 October 2011

Just share...sedih tau cerita ni...bacalah

Jubah Buat Ibu


“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. ” Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu.. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka..

” Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” ” Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya..’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya.. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz.. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit..” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri.. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja.. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu”, sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak….ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. ” Ada ” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku….atau….” Along menggeleng-gelengkan kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. ” Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan….saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing.. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah …terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. ” Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni”, terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah”, kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe.. Jadi pembantu dia”, terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang-orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk…..ibu……
….” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan .. dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila..” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula….” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.
 
 
P/S: Aku leleh-leleh air mata. Korang???