Tuesday 27 September 2011

komik Malaysia yang aku baru tahu...


Assalammualaikum.

Macam boring je entry ni kan. Tapi aku nak tulis gak. Selama ni aku cuma tahu pasal komik Gempak je. Tak pernah pulak dengar pasal Komik M, keluaran PTS. Yelah duduk rumah je, macam mana nak tahu...

Mula-mula aku beli dekat pameran buku university aku. 2 je yang ade. Lawak Org Bujang lukisan dia boleh tahan tapi Dunia Kartun, serius mula-mula aku tak nak beli... (of course sebab lukisan dia)... aku ni memilih sikit kalau beli komik. Lukisan buruk aku malas nak baca. Tapi sebab aku ingat PTS ni baru je buat komik so aku sebagai anak Malaysia yang setia kira nak support la jenama tempatan.

Lepas baca, aku syukur yang aku beli Dunia Kartun. Sebab kalau nak dibandingkan dengan Lawak Org Bujang, dia lagi kelakar. Dan semasa selakkan terakhir...jeng...jeng...jeng... rupanya dah banyak dah komik yang diorang terbitkan...kira ketinggalan zaman la aku ni... macam mana nak gelarkan diri peminat komik yang tegar.   T.T   belum cukup terer lagi aku ni.



Wah lepas ni kena kumpul la... sebab aku dah boring kat pasaran takde komik yang baru. Aku rasa bukan aku je yang tak tahu, kebanyakan otaku mesti tak tahu. Sebab kita focus pada Gempak, Arena dll, yang lebih kearah manga.

Okaylah...nak cepat ni...byeeee

Sunday 25 September 2011

AKU...si minah PROMOTER diri

 
Assalammualaikum.

Entry ni ala-ala macam nak memalukan diri sendiri. Well, sebenarnya aku nak kongsi satu perasaan di mana aku kaji ramai orang yang mengalaminya tanpa sedar.

Kakak dan adik aku selalu cerita betapa aku ni selalu puji diri sendiri depan parent kami. Tapi aku tak percaya...ayat lazim: mana ade, mana ade... Aku rasa diorang ni tak puas hati dengan aku kerana aku selalu disayangi dan jarang dimarahi oleh mak ayah kitaorang. Sebab aku ni jenis tak pandai berdikari dan tak berani buat sesuatu yang mak ayah tak suka. Contohnya, jalan malam-malam. Diorang 2 pula memang suka bersosial (bukan lah tahap so-sial tu, just pergi rumah kawan, pergi jomheboh, shopping mall, makan-makan, taman, tu jela). Aku pula suka duduk rumah, baca komik, tido dan tengok tv. Sebab tula mak aku takde la complain pasal aku.

Pada suatu hari, aku nampak perangai aku yang sebenarnya,
Mak: Ko ni kakak, macam hantu dah mak tengok. Muka dah lawa buat apalah pakai lagi benda-benda tu. Tu semua bahan kimia tahu, merosakkan kulit je.

Kakak: Takpe la mak, nurse memang kena pakai barulah muka tak pucat. Kita kena nampak ceria depan patient.

Mak: Tak payah. Cakap dengan lecturer ko tu, “Awak tahu tak makeup ni menjahanamkan muka je”.

Aku: (Menyampuk). Takde maknanya nak nampak ceria depan patient. Mak tengok Emy mana pakai apa-apa kan, mak?

Mak: Hah, Aimi bagus, lawa je.
(kembang aku dibuatnya)

Kakak: Eii, dia ni suka promote diri sendiri.

Adik: Aah, Emy ko ni selalu macam ni.

Aku: Eh, eh, mana ada. (muka malu)

PMA, tula kita dah buat sesuatu yang baik bagi mak ayah kita, patutnya diam-diam je la. Dah kurang dah pahala bila menunjuk-nunjuk depan orang. Ni adalah satu contoh, sebenarnya banyak lagi yang aku buat. Bila kita buat kebaikan diselangi perasaan nak menunjuk dan bermegah-megah, amalan kita tak naik ke langit sebaliknya Allah S.W.T suruh malaikat campak balik kat kita sebab tak ikhlas kerjakan kerana Allah.


Jadi aku kenalah betulkan niat dan buat sesuatu dengan ikhlas. Perangai buruk ni kena buang jauh-jauh walaupun untuk perkara kecil. Benda ni akan makan kita balik suatu hari nanti, disamping membuat orang menyampah kat kita. Aku takut la amalan aku tak diterima kerana terlintas terfikir soal orang akan anggap kita baik. Sebab aku selalunya nak jadi baik dan dalam masa yang sama nak orang approve aku sebagai orang yang baik. Padahal salah pemikiran tu. Kita patut buktikan pada Allah sahaja, kerana kita hidup ni pun Dia yang bagi nyawa. Bila aku fikir balik, aku berdoa sangat aku akan berubah dan jadi insan yang seiring dengan ajaran Rasulullah S.A.W. Amin.

Well, korang yang makan cili tu kena bersama-sama membaiki diri, menuju ke jalan yang lurus.

P/S: takut tak faham. PMA adalah padan muka aku. Ko ingat English je ade OMG. Aku lepas ni nak guna OT (maksud Oh Tidak) dari guna OMG. Mari kita memperkasakan BM...hehe. Oh yes, almost forgot, cili tu cabai pada sapa-sapa yang tak tau.

PMA...dulu cakap orang, sekarang terkena sudah

Assalamualaikum,

Aku sebenarnya baru sedar ada betulnya orang kata kalau kita kata kat orang suatu hari benda tu akan jadi kat kita balik. Adik aku yang sedang menuntut di IPTA di negeri sole-sole tu sering cerita tentang roommate dia yang kurang memahami tuntutan pengajian dia. Yelah dah hamba Allah tu ada banyak assignment, jangan haraplah nak ada beauty sleep macam aku ni...hehe.

So nak dijadikan cerita, bila adik aku buat kerja waktu malam, dia asyik tanya  bila nak tido. Sebab dia tak boleh tido kalau ada lampu. Bila adik aku buat kerja kat dewan makan sebab tak nak ganggu roommate dia tido, dia boleh call pulak tanya bila nak balik. Sebab dia takut tinggal sorang-sorang. Aku dengar pun tension. Meluap-luap la darah ni, bak kata orang. Macam pentingkan diri sendiri.

Sehinggalah, aku terkena suatu hari.
Aku sedang dibuai mimpi sambil mendengar Fly fm. Tiba-tiba lagu rock buat aku terjaga (terkejut boboi...haha). bila aku buka mata, aku nampak lebih kurang 5 orang warga asing (kawan sama kos dengan roommate aku) membanjiri bilik aku.

Si Polan: ek eleh, 5 orang je kot. Tak kan dah banjir?
Aku: Makcik, ko tak tahu ke bilik asrama besar mana?

Memang penuh lah kan. Diorang buat assignment dalam bilik aku. Aku tak kisah sebenarnya. Kenalah memahamikan. Tapi diorang ni tangan dengan mulut sekali bergerak. Aku mula lah nak cakap... will you shut up? Cant u see im try to sleep right now?... aku dah hampir nak sound je. Hehe. Nasib baik aku terfikir kisah adik aku. Baru aku sedar yang kawan dia tak boleh tido dalam keadaan lampu terpasang sama dengan aku yang tak boleh tido dalam suasana yang ada orang berborak.

So, sekarang ni conclusion nya adalah, dua-dua roommate kena memahami satu sama lain. Kalu dalam satu bilik tu ramai lagilah kena memahami. Fikirlah orang lain sebelum buat apa-apa. Jangan ganggu atau menyusahkan orang lain. Kawan bukan keluarga, mereka ni ada hak untuk memilih nak bantu kita atau tidak. Toleransi tu penting, and crucial. Jadi minimum kan la mengganggu kawan kalu dah terpaksa, okay. Renung-renungkan dan selamat beramal.
Ni roommate 2 orang roommate yang sebaya aku di matrikulasi. Bilik A2-T2-25. Aku bukan cerita pasal diorang. Alhamdulillah, roommate di matrik sangat tak pernah ganggu tido aku. Tq korang
jangan pentingkan diri sendiri, toleransilah sesama sahabat...sharing is caring.


P/S: Tapi apa-apa tindakan fikir lah keselamatan diri anda. Roommate adalah orang yang paling senang buat sesuatu yang tak elok kepada kita. So tengok dulu perangai mereka, takut ada yang sanggup meng‘voodoo’ korang. Jaga-jagalah ya. Manusia ni rambut je sama hitam, hati lain-lain.

Nurse Want-to-be....

Assalammualaikum...

Tajuk entry aku ni bersempena aku baru 3 minggu belajar di sebuah IPTA di negeri Selangor ini, tempat lahirku.Universiti ape? Tekalah sendiri. Yes, korang mesti dah tahu program apa yang aku dapat kan? Betul, aku ditawarkan ambil program kejururawatan. Mula-mula, jururawat adalah salah satu pekerjaan yang paling aku nak elak sebab pernah ada pengalaman yang tidak enak berlaku pada aku dan membuatkan aku tak suka dengan profession tu. So aku berat hati nak pergi mula-mula, tapi family aku happy sangat terutama kakak aku yang juga seorang future nurse gak.

Namun setelah cuti selama 5 bulan selepas tamat matrikulasi, baru aku tersangat-sangat nak jadi nurse. Kejadiannya bermula time atok sebelah ayah aku kemalangan motor dan buat dia tak boleh berjalan dan angkat tangan. Kena pergi fisio baru boleh baik. Kerana aku sorang  je yang available, jadi akulah yang jaga di rumah mahupun di wad.

Then, aku realise yang aku tak sanggup nak jaga atok aku. Tak sanggup tu bunyinya macam kurang ajar sangat kan? Tapi maksud aku, aku malu nak tolong dia buang air, mandikan dia dan gelilah nak buang urine dia. Hehe. So lama kelamaan, aku rasa aku akan jadi cucu dan suatu hari nanti anak yang biadap dan tak mengenang budi, bila mak ayah aku dah tua nanti. Aku ikhlas nak tolong atok aku tapi aku tak biasa dan malu. Tu je. Baby pun aku tak nak tukar lampin dia.

So aku takut akan kemungkinan itu, aku tak nak jadi derhaka pada Allah, Rasullullah dan keluarga. Tapi semuanya berubah bila kakak aku yang dulu memang mengada-ngada dan pemalas dalam family aku, tiba-tiba dia boleh uruskan atok aku dengan baik. Serious, kakak aku memang berubah dari ganas dan pemalas kepada rajin dan penyayang (sikit jelah...hahaha). Pertama kali aku bersyukur dia balik rumah (gurau jela...hahaha).


So sekarang aku sangat happy untuk belajar dan berusaha jadi nurse yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Tapi kena kuruskan badan la lepas ni....(T.T)....okay la doakan saya semua.

P/S: lecturer kata sem 1 practical mandikan patient dan buat benda yang geli-geli tu....(T.T).... you’ll be fine Aimi. Emm...takutnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

malaysian and mat saleh...sgt berbeza

Ramai orang Malaysia ni bila baru 10 tahun duduk kat US contohnya, bila balik negara kita cakap slengnya mengalahkan mat saleh London yang baru 2 tahun belajar Bahasa Melayu. Sedar ke tak?

Tak kan tak sedar? ok pernah tak korang tengok iklan ni dalam tv time raya?

Kisah seorang lelaki yang baru balik dari luar negara, naik teksi seorang wanita (Adibah Noor)
W: Encik ni baru balik dari mana?
L: Saya baru balik dari London, balik Malaysia untuk beraya(sleng yang mengada-ngada)
W: Amboi. Berapa lama dah encik duduk kat London tu?
L: 10....hari(sgt perlahan)
W: 10 tahun...wow.
L: Hari(perlahan)
W: ooo...10 hari.

See, iklan ni memang menggambarkan betapa orang malaysia sangat membanggakan bangsa luar dari negara sendiri.

*si polan: sorry i tak tahu pun. i tak tengok la tv Malaysia ni tak paham lagipun. Tengok astro je.

Fine, ni iklan dalam radio
Kisah seorang penuntut luar negara yang berborak dengan rakannya.
A: Ko tak balik Malaysia beraya ke tahun ni?
B: Tak, rase nak beraya di sini sahaja.(sleng ala-ala tak reti cakap melayu)
Tiba-tiba mak si B telefon
B: Hello(seperti biasa sleng yang berlebih-lebihan)
mak B: B, ni maak ni.(telor kedah)
B: ooo...maak. apa khabaq?(telor kedah yang pekat)

Tengok tu, boleh je sebenarnya nak cakap melayu. Ngada-ngada je lebih. Tapi kadang-kadang tak boleh nak salahkan diorang juga. Dah memang tuntutan di Malaysia memerlukan mereka berlagak sedemikian rupa. Contohnya kalu kita berbahasa inggeris pegi shopping mall, tanya tuan kedai:
Ni berapa harga? berbanding, how much of this? pasti dapat layanan yang berbeza. Kadang-kadang tauke kedai yang memalukan negara ni buat sombong dengan orang yang bercakap dalam Bahasa Malaysia sebab merasakan mereka ni mesti kurang educated atau takde standard.

Ben Bradshaw adalah orang US yang suka berbahasa Melayu

So cerminlah diri kita di mana Malaysia dalam hati kita. Biarlah kita jadi generasi baru yang lebih menyamatarakan semua orang dan tidak terlalu membanggakan negara luar. Ramai yang menyedari Malaysia tempat yang sangat makmur dan ingin jadi penduduk tetap di negara ini. Jadi bersyukurlah, kita antara orang yang bertuah.

Aku suka orang kelantan dan terengganu yang dimana-mana sahaja pasti membawa telornya. tapi janganlah bersifat daerah, seperti kawan sesama rakan senegeri. sepatutnya bercampur sesama Malaysia dan biar orang lain memahami dan membiasakan diri dengan longrat negeri kita. Semasa mempelajari bahasa asing jangan lupa belajar bahasa negeri-negeri lain, seperti utara, perak, sabah, negeri sembilan dan sebangainya.

P/S: Tak salah nak berbahasa inggeris dan telornya seperti orang US,UK,Australia dan sebagainya. Tapi kenapa tak mahu berbahasa melayu seperti orang melayu? Renung-renungkan dan selamat beramal.