Wednesday 17 December 2014



IVD adalah benda yang mesti diketahui oleh setiap nurse.  tiada alasan yg boleh selamatkan anda kalau tak tahu. tapi kebanyakan student tahu benda yang terlampau basic yg taraf orang biasa yang selalu beli majalah kesihatan. no no no. jadi nurse kena tahu lebih dari itu. so ini adalah benda yg sekurang2 nya korang tahu utk survive di hospital. 

contoh situasi yg korang akan hadapi klu kurang knowledge:

seorang patient tgh ada normal saline IVD, bila check glucose, sangat rendah. lepas makan pun still rendah. dia macam nak pengsan. korang akan bagi dia air manis la, kasi D50% slow push dan sebagainya.

tapi korang lupa, salah satu sebab adalah normal saline tu. patutnya doktor tukar kepada D5% or D10% sebab patient dah hypo. atau pun stop NS. NS ni ibarat air, sirap yang manis (darah yg banyak glucose) kita nak kasi sedap, so kita tambah air. tapi klu dah cair sangat sampai tawar, kita patut tambah ape? gula (D5%) ke air? mestilah gula. sebab tu la kalau xde ilmu kita akan tak boleh manage pesakit.

so hafal nota ni, mungkin anda akan survive kelak. good luck. Allah sentias bersama kamu.



Intensive care unit.....second world's hell for nursing student

Assalamulaikum,

kenapa aku tidak update blogku....huhu ade ke orang nak baca? ada ke lagi orang baca blog? haha sejak aku main instagram, malas plak nak main fb, tweeter dan lain2. aku ni cuma boleh focus main satu benda sampai bosan, pastu tinggalkan terus.

kawan pun aku buat cam tu. lepas habis skolah dah tak contact dah, kawan matrik pun cam tu gak...kawan2 nursing aku ni macam bakal je aku tinggalkan... huhu... memang perangai aku la...bukan benci ke apa.... aku suka fokus yg depan mata more drpd yg alam maya ni. so take note org antisosial (yg ajak kita kuar, kita nak dating ngan dia, tp dia asyik ckp pasal life org lain or suka stalk life org lain dlm media sosial. totally yuck) dont ever step in into my life. hahaha....whatever.

back to our important business. aku skang tengah praktikal kat icu kat satu hospital kerajaan. ok kerja aku asyik kena marah je. biasa la org x competent ni kena marah je la. aku mmg tak salahkan orang yang marah aku tu. dah aku yang tong tong sgt. mau nyer org tuuuuuu xbengang. just name it, doktor, staff nurse, cikgu aku n matron pun join memarahiku. lagipun sebelum ni aku dah perasan dah aku ni lembab sikit berbanding kengkawan aku. bukan tu je, suka skip2 procedure, x ikut SOP juga adalah penyakit terbesar aku. it okay, sy dah menyesal. aku akan usaha jd nurse yg follow SOP yg setia....janji...pinky swear. hahaha

SOP tu standard operating procedure....dgn kata lain mcm step2 buat sesuatu...kalau x ikut, ko salah n boleh di kenakan tindakan mahkamah n tatatertib....sbb boleh bahayakan nyawa pesakit.

contoh mudah:

SOP bagi ubat insulin kat pesakit diabetes.

1. perkenal diri dan tujuan bagi ubat.
2. pastikan pesakit, masa, ubat, dos ubat, nak cucuk kat mana kena betul.
3. kena ada slip prescription, maksud ngan surat order by doktor
4. kalau nak selak baju pesakit, contoh nak cucuk kat perut or peha kena tutup langsir.
5. lepas bagi ubat kena tandatangan kat slip td, kalau tak nnt staff nurse lain ingat belum kasi, dia cucuk kali ke 2.
6. pastikan sebelum cucuk insulin, check gula dlm darah dulu. kalau tinggi baru bagi. check sebelum makan. bagi ubat pun sebelum makan.
7. dan lain2

hah... kalau kami tak buat salah satu step ni, kitaorg boleh menbahayakan nyawa pesakit or menzalimi mereka. so nak tanya, patut tak aku kena marah? ye memang patut pun.... tepuk tangan aimi kena marah...clap clap...

apa2 pun, sorry la sesiapa yg aku dah zalimi, doakan saya lakukan sesuatu dgn penuh ehsan agar boleh kasi servis terbaik buat anda semua....clap clap again....

so sebenarnya ICU ni tenang la sikit berbanding Emergency or ED (kecemasan yg ambulance suka anta orang sakit tu). klu ED lagi aku nak pengsan....ketar lutut seh...tp mungkin sebab ICU ni orang critical kan, jd staff kat sana dia alert dan lebih straight la. sebab mungkin kalau salah sikit je, patient KO. so depa ni marah la kalau kita semua tak reti, nak buat xde knowledge. hari pertama aku dah nangis, hari2 seterusnya, kawan aku plak nangis....kami bergilirla menangis tu... belum kerja lagi dah nangis...pastu aku pernah nak g toilet, nmpak ade pelajar post basic pon tengah menangis. tgk sape kate x tough. org amik post basic ni selalunya org yg dah kerja beberapa tahun. dia pon nangis, apatah lg org yg lesen nursing pon xde lg....lets cry a river...

tp sebab kita hidup utk Allah tak yah la nak beriya sgt fikir... ni proses tarbiyah dari Allah utk jadikan kita manusia yg berguna kat dunia ni... yg penting akhirat... klu kita buat kerana Allah, in sya Allah kita tak akan kecewa or bersedih dgn ujian Allah. Aku nangis sebab blum capai se awesome org beriman yg lain tp i will try my best until mati yg menghalang.

anyway utk jd staff nurse awesome like real believer (org beriman), hehehe, a lot things aku kena tau...ade ke buku ICU nursing knowledge for dummies? hahha, patut ade la satu....buat sendiri pon bleh... sape2 yg tau share la ngan aku....

oklah dah pukul brapa dah ni? kena study, esok nak praktikal. so pray for me everybody...

Assalammualaikum...


Sunday 27 January 2013

Dadah dan maggi?

Assalammualaikum.

Kawan aku tanya, sebab kawan dia tanya....

Kawan dia: Ko amik dadah?

Kawan aku: Amik, klu sakit.

Kawan dia: Bukan, maksud aku yang hayal tu.

Kawan aku: Oh, tak.

Kawan dia: Why not?

Kawan aku: Sebab dilarang dalam agama. Lagipun dia bahayakan kesihatan.

Kawan dia: Ko kan suka maggi. Kenapa ko makan? Dia kan bahayakan kesihatan. Kenapa tak dilarang makan. Ok, kalau tidak dilarang, ko nak tak amik dadah? Macam cuba-cuba, bukan sampai ketagih.

Kawan aku: Bukan takat dadah, khinzir pun aku nak cuba.

Sekarang dia tanya pendapat aku. So, jawapan aku, hanya pandangan tanpa rujukan agama.

Aku pernah dengar ustaz cakap, tapi tak ingat siapa, yang dadah kategori benda memabukkan. Dan klu ambil banyak memabukkan, sikit pun haram. Walaupun amik sikit tak mabuk.

So bagi aku sebab tu la dadah haram walaupun sikit. Tapi yang salah guna dadahla. Maggi pulak tak berdosa makan sebab dia tak memabukkan tapi still merosakkan badan kalau ambil banyak. Jadi kalau dia percaya yang maggi merosakkan tubuh, aku rasa dia mungkin tidak digalakkan makan. Aku rasa macam berdosa makan kalu kita tahu mudaratnya. Sebab badan kita pinjaman Allah kepada kita, dan kita wajib jaga dia.

Tapi aku kena tanya ustazla untuk kepastian. Ke sesiapa ada tau, or pernah belajr benda ni dari mana guru agama? Kongsila kat aku klu korang tau. Ok itu je nak kongsi. Tata.


Saturday 22 December 2012

Tips hadapi exam


Assalamualaikum,

Dah lama tak taip-taip... sekarang musim study week, sebab Januari adalah bulan peperiksaan bagi budak degree. Anyway, aku baru pulang dari satu program Mabit (Malam Bina Iman & Taqwa). Program untuk qiam di masjid, bersempena peperiksaan yang bakal menjelma.

Tapi bagi aku highlight program ni adalah dua ceramah dari dua orang professional yang datang dari generasi yang berbeza. Selepas Isyak malam jumaat, ceramah dari seorang doktor pelatih di UM, dia cerita pendekatan diri kepada Allah dalam setiap pekerjaan. Kuliah subuh esoknya pula disampaikan oleh seorang pak cik yang telah jelajah hampir separuh dunia dan hanya bayar cukai RM 40k. Mereka berdua adalah insan yang cemerlang dalam bidang masing-masing. Firman Allah dalam surah Al-Anfal, ayat 60-65:

 [60]
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.


[61]
Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

[62]
Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.

[63]
Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[64]
Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu, dan juga pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.

[65]
Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.

Apa yang penceramah nak tekankan pada kami adalah:

  • ·        Sebelum berperang (peperiksaan) kita kena bersedia kekuatan (emosi dan rohani) dan pasukan berkuda yang terbaik (fizikal, contoh buku-ilmu, peralatan menulis yang lengkap)
  • ·        Kuda yang terbaik- maknanya kita kena membuat persiapan yang mantap dan bukan calang-calang. Belajar kena bersungguh-sungguh sampai kita rasa A dalam tangan.
  • ·        Persiapan kita yang lengkap sampai orang pun rasa kita akan berjaya, kita belajar sampai kawan kita pun target kita dapat A. Kalau berperang musuh pun takut, sebab rasa kita akan menang.
  • ·        Islam suruh kita jadi hebat dalam bidang kita
  • ·        Tarbiyah sendirian mesti dilakukan secara berterusan
  • ·        Betulkan niat belajar
  • ·        Usaha dulu baru Allah tolong, bukan tawakal awal-awal
  • ·        Belajar demi Allah, selalunya niat yang baik hasilnya baik
  • ·        Belajar kerana tanggungjawab, tanamkan dalam diri yang aku belajar bersungguh-sungguh agar aku faham dan pandai serta boleh berbakti dengan ilmu ku, bukan untuk dapat A sahaja
  • ·        Kenali diri sendiri, macam mana cara belajar paling berkesan buat kita
  • ·        Rancang awal dan jangan tinggalkan Allah, nescaya Allah sentiasa bersama kita. Jaga hubungan kita dengan Allah.
  • ·        Percayalah bahawa belajarlah sekuat mana pun, kalau Allah tak izinkan kita dapat cemerlang, kita tak akan cemerlang.
  • ·        Jangan cakap, “alah, aku memang tak pandai”, macam mana kita nak tahu kemampuan kita kalau kita tak cuba pun.
  • ·        Sesungguhnya semua telah ditetapkan Allah jadi banyakkan berdoa agar Allah kabulkan permintaan kita.
  • ·        Buatlah apa-apa pun, Allah tempat kita bersandar, dan ketahuilah walaupun kita tak ada apa-apa langsung, tapi cukup Allah bersama kita.

Semoga korang dapat manfaat bila baca.

Tuesday 21 August 2012

Bamboo Paper

Assalamualaikum,

Wah bila agaknya kali terakhir aku update blog. Emm, banyak sangat assignment dengan praktikal dan ulangkaji untuk final, memang nak tercabut otak ni. Sebenarnya tak ada lah banyak sangat kerja sekolah tu, tapi menangguhkan, inilah padahnya. Aku ni memang tak retilah buat kerja awal-awal. Study pun esok paper pagi, malam tu baru nak baca. Kalau petang exam, pagi tu baru aku buka nota. Nasib baik result tak teruk, kalau tak, dead aku kena cekik dengan ayah. Nak update blog pun rasa berdosa je kalau tak baca buku lagi.

Namun begitu, tuan-tuan dan puan-puan, kini dah raya dan cuti semester, bolehlah buat entry baru. Ok hari ni aku nak share sikit pasal Bamboo Paper. Ini adalah apps untuk mobile sama ada smartphone atau tablet. Untuk PC aku tak surelah. Aku bukan reti sangat IT-IT ni. Tapi mengikut logik akal aku, tak kot. PC guna software yang lebih baik rasanya, sebab aplikasi ni mudah je.




Ini seumpama sebuah buku nota, kita boleh pilih color untuk cover depan dan jenis garisan buku nota tu. Nak yang garis-garis ke, nak yang kotak- kotak ke, yang dot-dot pun ada. Dan kalau nak tulis kita kena tulis sendiri. Yang disediakan bagi apps yang free or preview pack, adalah pen dan highlighter dengan tiga ketebalan dan 9 pilihan warna. Buku nota pun ada satu je. Kalau yang full version ada banyak buku.




Yang bestnya, kita boleh tampal gambar dalam buku tu dan tulis di atasnya. Dah boleh buat macam scrapbook yang lebih mudah. Tak perlu cuci gambar, gam dan pen. Nak save page pun boleh.



Mula-mula aku download apps ni, aku nak guna untuk tulis nota je. Lepas tu aku cuba main lukis-lukis. Biasalah bila dah ngantuk dengar lecture. Tak sangka ramai yang suka dan puji lukisan aku cantik. Then aku selalu berlatih lukis orang guna bamboo paper ni.

First pic yang aku lukis gambar kartun biasa, then aku upgrade lukis potret yang dah dikartunkan. Now aku kena selalu berlatih agar skill aku lebih baik dan work aku jadi lebih kemas pada masa akan datang. So, sesiapa yang nak apps ni downloadlah di web apps masing-masing or guna android bagi mereka yang menggunakannya. Di sini aku selitkan beberapa hasil kerja aku yang hanya menggunakan apps best ni.





Monday 25 June 2012

tambahkan iman

Mari kita tonton dah menambah iman dalam diri. Sekarang aku tahu hikmah anak ramai. Allah Maha Mengetahui. Semakin lama semakin kita dapat buktikan kebenaran Islam. Semoga kita juga ada usaha dalam mengembangkan dan memperkukuhkan Islam. Kerana tanpa ajaran nilai kemanusiaan yang Islam beri, bumi akan semakin hancur, manusia semakin rendah martabatnya. Kongsikanlah wahai sahabatku. Semoga kita juga mendapat pahala atas sekecil-kecil perjuangan.

Saturday 31 March 2012

rather than point finger, do something instead.


Assalammualaikum,

Apa khabar, my dear friends? Sebenarnya tadi aku ada baca something yang, entah lah. Nak gelak pun ada. Nak marah pun ada. Kawan aku ada retweet pandangan seseorang yang berbunyi “If Malaysia have an excellent education system then why do we still have stupid leaders being elected by stupid people?”. Emotional betul dia ni. Do you really mean it?

Kalau kau rasa macam tu, kenapa kau tak jadi clever leader untuk bersaing dengan stupid leaders tu? Hairan aku? Do humans only have mouth but not hands and brains? Why they always complaining but not do some actions? Semua orang boleh bercakap tapi tak ramai yang dapat bertindak. Pemimpin dipilih atas kepercayaan rakyat. Kalau semua orang percaya dia, tapi kau seorang yang tak, pindahlah. Nabi Muhammad tinggalkan makanan yang tak sedap sebab dia taknak dapat dosa herdik makanan itu.

Orang yang nak berseronok di dunia bermakna dia taknak berseronok di akhirat. Kalau pemimpin buat sesuatu menyusahkan rakyatnya, dia akan diseksa di akhirat kelak. Dari kita dapat dosa mulut, lebih baik banyak berdoa agar Allah akan beri pemimpin yang lebih baik pada masa akan datang. Percayalah pada balasan Allah. Sesungguhnya ia lebih dahsyat dari apa sahaja hukuman dalam dunia. Sangat setimpal dan adil.

Tapi kalau anda rasa anda lebih baik berbanding mereka, lakukanlah sesuatu. Jika anda tak mampu, sekurang-kurangnya anda ada niat yang baik dan Allah pasti balas dengan kebaikan. Kutuk dan peril ni buat habis air liur je. Cubalah buat sesuatu yang berfaedah.

Bagaimanapun, aku anggap orang yang tulis pandangan dia tu adalah orang yang cuba mengubahnya. Bukan seorang yang tidak memberi manfaat pada orang lain. Dan kepada yang kuat komen orang tu, fikirlah. Menyuarakan pendapat pada orang yang boleh mengubahnya tak salah. Yang salah adalah kutuk orang lain sedangkan dia tak menyumbang apa-apa.