Monday 31 October 2011

bergurau isu sensitif, orang lain terluka..............


Assalammualaikum,

Aku nak kongsi sikit. Aku baru je balik dari satu program anjuran Nusa (persatuan untuk pelajar2 nursing). Kitaorang melawat dan memberi pendidikan kesihatan kepada penduduk kampung dekat negeri sole-sole berkenaan. Overall memang best, walaupun ada masalah pengangkutan sikit. Tapi keseronokan sepanjang berada di sana memang buat aku lupa pasal cerita duka tu. Senior2 memang penyanyang dan peramah sangat. Agaknya setelah belajar nursing, tersuntik sifat penyanyang tu. Tapi ada kejadian yang sangat memalukan di sana, membuatkan aku menjadi pendiam buat sementara. Ceh, ye ke? Okay, terfikir nak keluar universiti sebab malu yang teramat. Apa2 pun aku tak risau sangat sebab aku cuba tak menonjolkan diri, so harap semua yang terlihat agenda berkenaan akan lupa. Pleaselah lupa. Nak tahu pasal program tu? Hah, klik sini. Budak ni pergi juga dan adalah gambar2 time dekat situ.

Aik, mesti korang pelikkan. Budak ni betul ke tak? Lari betul tajuk dia. Okaylah kawan2, sebenarnya aku dapat idea nak tulis tajuk kat atas tu semasa join program ni la. Tu je nak bagitau. Alah, nak intro sikit pun tak boleh...hehe.

Okay, berbalik pada topik aku. So, korang pernah tak terkena, mengena atau terdengar perkenaan orang lain (wah...mewah betul bahasa aku, imbuhan bombastik tu). Bagi aku, bergurau kasar ni kena tengok orang juga. Kalau dah kawan kita tu, first time kita bergurau dengan dia, tak kan nak terus gurau melampau-lampau ni. Kalau kita pun, orang yang tak rapat sangat bergurau tentang isu2 sensitif ni, mau tak angin.

Bagi perempuan, isu gemuk dan hodoh ni satu tamparan yang sangat hebat. Berbeza dengan lelaki yang kebanyakannya cakap: ada aku kesah?. Yelah perempuan kalau lelaki gemuk or hudus, perempuan terima je, asal romantik. Tak macam lelaki, makwe member pun nak kutuk dan hasut supaya kawan tinggalkan gila-frenz diorang.  Alasannya; ko tak malu ke jalan sebelah dia? Amboi, lelaki hudus dapat makwe cantik, cool. Lelaki hudus dapat makwe hudus, nak malu pula. Agak biadap ye mereka. 

Lain pula ceritanya kalau gurauan tu memang 0% benar dan terang2 nawok semata-mata (nawok- tipu dalam bahasa Kelantan...dah naik ke band MUKET aku?...malaysian united kelantanese test). Contohnya; cakap hodoh dekat orang yang menang ratu cantik. Itu kategori gurau. Tapi gurau pada orang berkulit gelap contohnya; wei aku rasa kalau ko pergi Africa, gerenti jadi ratu kat sana. Itu kalau gurau dengan aku, memang kena makan kasutlah jawabnya. Diorang ni tak reti beza ke, benda yang boleh dibawa bergurau ataupun tidak? Macam orang yang tak ada otak.

Ada yang kata lelaki memang bergurau kasar. So... perempuan kena terima jelah? Banyak cantik muka ko. Jaga lah mulut wahai kaum Adam yang nak pupus dah kat Malaysia ni. Jangan nak jatuhkan air muka orang lain sebab nak jadi ceria lah konon. Bergurau dan mesra dengan orang lain, nak jadi happy go lucky apa semua. Boleh, tapi still ada limitation. Bukan semua orang boleh terima gurau kita. Ada yang terasa. Ada yang menikam dan mungkin ada yang berdendam nanti.

Jejaka polan: hello, u ingat semua lelaki macam tu ke? Perempuan pula tak ada yang bergurau tak jaga perasaan orang lain?

Serius, aku tak bermaksud nak cakap semua lelaki sama. Tapi yang aku jumpa lelaki la yang perangai macam tu dekat Nusa masuk kampung. Tapi nasihat ni untuk perempuan juga. Yang atas tu contoh yang terjadi yang aku tahu. Jadi berubahlah rakan2. Kalau anda berada dalam situasi tu, terdengar orang lain buat atau kawan anda ada penyakit ni, jangan lupa nasihatkan mereka. Saling mengingatkan kepada yang terlupa, memberitahu kepada yang tak tahu. Sharing is caring.

Baiklah, sampai di sini jelah. Jumpa lagi.

p/s: banyak lagi benda yang boleh dibawa bergurau. Kalau nak jadi orang yang disenangi kerana sifat happy-go-lucky kita, kreatif la sikit dalam perbualan. Tak semestinya dengan gurauan saja.

Tuesday 25 October 2011

Local and Foreign car...why they are different?

Assalammualaikum, friends, enemy, frienemy alike...

Haha... ayat siapalah tu? Siapa yang tak tahu, tengoklah tuib-anda banyak-banyak..

Ok lah saudara-saudari sekalian. Hari ini aku nak tulis sedikit pasal perbandingan antara kereta tempatan dan luar negara. Sebenarnya ada terbaca entry seorang hamba Allah ni pasal isu ni, kalau dia terbaca, aku sekadar nak bagi pandangan aku je. Walaupun ini entry dia yang lama tapi aku rasa isu ni masih relevan untuk dibicarakan.

Menurut sahabat aku ni, dia ada terlibat dalam satu kemalangan kecil dimana dia sedang berada dalam kereta jenama luar negara manakala orang yang berlanggar dengan kereta kekasihnya pula pakai kereta buatan tempatan je. Sebab kemalangan yang kecil je, kereta yang dia naiki tidak ada kesan apa-apa tapi yang pakai kereta tempatan tu teruk juga keadaan keretanya. Dan conclusion entry dia adalah kereta tempatan tak berkualiti. Titik.

Jadi pandangan aku (of course la aku sokong kereta tempatan), aku nak tanya siapa yang penyebab kereta tempatan kurang dari segi kualiti berbanding kereta luar negara? Kitalah. Terlalu agungkan kereta luar negara, tak mahu beli kereta tempatan. Jadi macam mana lah syarikat kereta tempatan nak ada dana untuk tingkatkan kualiti produk mereka. So aku rasa tak patutlah kita nak memandang rendah kat syarikat kereta tempatan hanya sebab kekurangan kita dalam memberi sokongan terhadap jenama tempatan.

Ke-2: cuba kita bandingkan harga. Sekecil-kecil kereta jenama luar negara adakah sama dengan harga kereta tempatan? Dah kereta tempatan murah harganya jadi kualitinya juga berpatutanlah dengan harganya. Sepatutnya kalau nak bandingkan kereta, kenalah bandingkan saiz, jenis dan harga. Kalau semuanya sama, baru relevan bandingkan kualiti. Kalau melabur banyak, untungnya banyaklah. Karang buat mantap2, mahal tapi takde orang nak beli. Siapa nak tanggung?



*si polan: alah i tengok kualiti tau beli. Kalau mahal pun kereta tempatan, tapi berkualiti i beli.

Ye ke? Aku rasa kalau kereta tempatan mahal mesti ada yang cakap, “kenapa mahal sangat? Kereta tempatan je pun. Diorang taknak rakyat Malaysia ni pakai kereta agaknya.” Percayalah cakap aku. Banyak yang negative dari positifnya. Bukan semua orang kat Malaysia berkemampuan beli kereta yang berkualiti tinggi dan mahal. Ada yang berkenderaan untuk kemudahan semata-mata, kualiti kereta tu bukan jadi keutamaan mereka. Jadi kita patut bersyukur bila kereta tempatan murah harganya. Jadi orang yang susah juga dapat merasa kemudahan pengangkutan.

Ke-3: memang mentaliti kita megahnya pakai kereta jenama luar negara. Kalau kereta tempatan rosak korang kata-

Korang: ishk, ni yang aku malas nak beli kereta tempatan. Tak berkualiti. Asyik-asyik rosak.

Si batu api: memang pun. Tengok aku mana ada beli kereta2 tempatan ni. Aku dah tahu dah mesti banyak hal punya.

Tapi kalau kereta jenama luar negara rosak, korang kata-

Korang: aih kenapa boleh rosak ni. Alamak siapa buat rosak kereta aku? Ke aku yang ganas sangat bawa kereta?

Aik, salahkan pemandu pula? Kereta tempatan tak pula salahkan diri sendiri. Kawan2 anda pula kata-

Kawan anda: semua benda rosak. Bagitahu aku, benda apa yang tak akan rosak selama-lamanya? Kalau kereta tak akan buat hal, senanglah hidup. Sepanjang hidup beli satu kereta je. Ko dah mati, kereta ko elok lagi, waris kat anak cucu ko.

Aik, pandai pula berfikiran positif. Kereta tempatan kenapa tak cakap macam tu? Berbeza sangat ke? Nampak sekarang. Siapa yang salah sekarang ni? Kalau kereta tempatan banyak betul salahnya yang kita nampak. Kereta luar negara kentut pun wangi.

Marilah berubah kawan2. Hidup ni tak akan seronok pun kalau semua benda kita asyik tak berpuas hati. Macam2 serba tak kena. Cubalah bersederhana dan bersyukur supaya kita lebih menghargai apa yang kita ada.

P/S: dunia ni akan lebih damai kalau makin ramai orang berfikiran positif. Anda akan jadi positif jika berfikiran positif. The power of positive thinking lead you to success, so B+. Hehe, jenis darah aku ni.


Monday 24 October 2011

Just share...sedih tau cerita ni...bacalah

Jubah Buat Ibu


“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. ” Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu.. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka..

” Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” ” Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya..’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya.. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz.. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit..” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri.. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja.. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu”, sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak….ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. ” Ada ” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku….atau….” Along menggeleng-gelengkan kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. ” Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan….saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing.. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah …terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. ” Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni”, terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah”, kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe.. Jadi pembantu dia”, terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang-orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk…..ibu……
….” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan .. dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila..” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula….” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.
 
 
P/S: Aku leleh-leleh air mata. Korang???

tak tahu...kenapa????

Well aku ni bila buka blog mesti join segmen2 blog lain....sorry takde masa nak update...

Aku ni sekali hadap laptop... memang susah nak berenggang...

Nantilah aku update ye....terharu juga bila ada orang tanya bila nak update. Pembaca setia ke ni?? Hehe. Aku akan berusaha tak kecewakan pembaca setia. Siap ada yang bagi cadangan lagi tajuk entri. Peh thank you. Nanti aku buat kajian dulu sebelum wat entri pasal tajuk tu. Sesiapa yang nak bagi cadangan boleh je. Kat ruang komen or message fb. Aku ada banyak idea sebenarnya tapi nak taip tu tak sempat. Biasalah taip cam nak buat popcorn. Sory sekali lagi...

P/S: curi masa sikit tulis entri ni. sikitnyer....huhu

JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS




Anda blogger baru macam saya????

Nak tahu cara untuk tambahkan bilangan follower anda???

Mudah je...KLIK banner kat atas tu dan sertai kempen ni....

Moh bersama-sama saling menambah kawan blogger...

Saturday 22 October 2011

BARANG FREE!!!!



jom la join untuk rebut barangan menarik.... klik pic di atas utk maklumat lengkap...tq

Thursday 20 October 2011

JOM TAMBAH TRAFIK BLOGGGGGG






Jom la join orang lain, sesakkan trafik blog anda. Klik di banner di atas untuk maklumat lanjut.

Sunday 9 October 2011

perempuan berikan seks untuk cinta...lelaki berikan cinta untuk seks...

Assalammualaikum,

Macam mana dengan tajuk entry aku. Rasa tertembak tak? Haha. Tulah memang rugi bagi sesiapa yang tak pergi ceramah ‘Anda Bijak Jauhi Zina’. Ceramah ni dengar cerita dah banyak tempat ia diadakan. Serius aku memang bocor je mata bila dia cerita pasal Allah S.W.T dan junjungan besar kita Rasulullah S.A.W.  Setelah aku kaji diri, takut juga bila fikir yang kalau kita tak amalkan ajaran Islam yang sebenar, kita akan jadi antara orang terhina di Padang Mahsyar nanti. Huhu minta dijauhkan.



Tapi bukan itu tujuan sebenar aku tulis entry ni. Isyaallah next entry aku cerita pasal itu ok?

Ayat tajuk entry aku ni first time dengar sebenarnya. Aku dengar masa ceramah tulah, disebut oleh salah seorang penceramah iaitu Ummi Ros. Macam mesra je kan. Haha. Jadi setelah aku dengar ayat yang bombastik ni (betul ke eja ni? Aah, korang faham kan?), aku pun dapat idea nak tulis dalam blog.

Nak tanya... ada tak yang menafikan kenyataan ni. Betul, bukan semua orang macam tu. Tapi kita cerita secara general anak muda yang berzina ni kebanyakkannya memang macam tu lah kan? Perempuan yang berzina majoritinya kali pertama melakukan zina kerana cinta. Diorang takut buaya-friend diorang tinggalkan diorang kalau tak ikut kehendak lelaki gila seks ni. Lelaki pulak macam tulah, kalau gila-friend diorang taknak buat, diorang blah je. Memang diorang couple sebab nakkan seks je sebenarnya. Aku cerita untuk mereka yang berzina, orang couple biasa (yang belum terjerumus, tapi ke arah itu) belum sampai kot tahap ni. Tengah ‘On the way’ kan?



Ada juga orang couple yang menjawab macam ni untuk pertahankan yang couple tak berdosa kalau kena pada caranya.

Minah Polan: Saya couple tapi saya ikut syariat, tak pernah berpelukkan, pegang tangan apatah lagi.

Mat Polan: Betul, kami tunggu kahwin baru kami buat semua tu.

Kalau aku: bagusnya. So korang tak pernah keluar berdua je? Sms sayang-sayang, pangil bi lah, mama papa lah, panggilan romantik semua tak ade? Berkepit je pun tak pernah? Pandang pasangan dengan bersyahwat atau fikir nak buat benda-benda haram tak pernah juga ke?
(cakap ala-ala impress dengan diorang)

Aku rasa kebanyakkan akan jawab,

Mat & Minah Polan: .......................

Aku ada baca blog seorang ni, kenyataan berani gadis sekolah yang ketagih seks. Wah, kalau korang baca, rasa nak lempang je minah-minah tak tahu malu ni. Ada yang kata dia tak pernah menyesal berzina walaupun lelaki tu dah tinggalkan dia dan dia dah pregnant. Hai... apa nak jadi masyarakat Malaysia yang dulunya berpegang teguh dengan adat dan adab.

Yang aku pelik, adat yang Islam larang buat, adat yang diharuskan taknak buat pulak. Agaknya diorang ni seronok menentang agama. Yelah kan syaitan dah berjanji nak buat manusia rasa maksiat tu indah sangat. So tu yang ramai sangat macam tak kisah je melakukan kemungkaran secara terbuka.

Yang lebih mengejutkan, dalam blog yang sama kata ada orang buat kajian kebanyakkan gadis Malaysia hilang dara sebelum umur 18 tahun. Peh... terkejut boboi. Manakala ceramah abjz tu juga tunjukkan kajian UKM mengenai 887 orang pelajar sekolah, hanya seorang sahaja yang tidak pernah bersetubuh. Wow, ni dah macam negara barat. Aku memang ternganga la bila dengar. Tak sangka Malaysia ni dah semakin teruk masyarakatnya. Malah gadis-gadis rosak ni macam tak malu dan rasa bersalah dengan buka pekung di dada di muka buku, ruangku, dan peng-twitt. Mereka anggap gadis yang masih suci ketinggalan zaman dan tak berani. Yelah tu, ko yang gelojoh dan gila seks, nak mengata orang pulak. Gadis yang suci ni adalah insan yang penyabar, boleh kawal nafsu, mementingkan akhirat, mulia, tahu apa yang lebih penting, bijak buat keputusan dan bukan gadis murahan yang tak ada harga diri macam ko. So cermin lah diri dulu sebelum nak mengata wanita yang baik.

Dulu aku selalu cerita dengan kawan aku, yang aku takut dapat lelaki yang pernah berzina. Yelah perempuan yang dah tak suci sah-sah lelaki tak nak buat bini. Lelaki yang dah rosakkan anak dara orang ni pun nak isteri yang baik. So susah nak kesan lelaki ni masih suci ke belum. Tapi selepas baca kenyataan berani gadis yang masih belum kembali ke jalan Allah ni, aku rasa lelaki yang baik pun kena risau pasal bakal pasangan sehidup semati korang juga. Takut dapat buah yang dah ditebuk tupai (betul ke perumpamaan ni? Dah lama tinggal sekolah, malas pula nak buka buku).

Pesanan aku, kepada sesiapa yang dah terlanjur, bertaubat la. Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Yang pernah terfikir nak buat, beristifar banyak-banyak, doa supaya tidak terjerumus ke lembah syaitan. Manakala orang yang dah mula berjinak-jinak, baik segera bertaubat sebelum terlambat. Kebanyakan manusia gila seks adalah dari filem-filem yang ada aksi-aksi tak elok. Walaupun ringan-ringan, tapi manusia mula bernafsu dan ada keinginan nak memuaskan nafsu. So elak lah tengok cerita-cerita yang ada agenda kissing sekali pun. Lebih baik mencegah dari mengubati kan?

P/S: antara adat melayu yang ditegah Islam ialah bersanding yang menyamai adat agama lain.



Monday 3 October 2011

pesss...pess...tengok tu...

 
Assalammualaikum.

Ok people, hari ini dah sah-sah aku nak cerita pasal mengumpat, mengata, mengutuk dan seangkatan dengannya. Tajuk entry ni selalunya menjadi introduction sebelum ‘ketupat’ di buat.

Nak dijadikan cerita, semalam aku ada dinner kat satu dewan ni. Dia punya tema ‘elegan and stylist’. Memandangkan 1st time join dinner-dinner ni kitaorang sekelas pun malaslah nak vogue sangat sebab takut orang lain biasa-biasa je. So dah janjilah kiranya ni. Malangnya, semua orang memang tak menepati janji, sebab semua transform jadi ala-ala diva malam tu. Dengan makeup yang ala-ala artis, baju cam nak pergi ‘makan gulai rumah pengantin’ bak kata orang Kelantan (kenduri). Wow, memang bergaya lah mereka kan. Aku? Biasa je.

Kakak-kakak dan abang-abang senior apatah lagi. Ada yang siap macam nak pergi royal wedding kat London tu, dengan topi bulu-bulu gitu. Ni bukan kutuk tau, serius aku puji. Nampak dia memang berusaha ikut tema. Itulah patut dijadikan contoh. Nak buat apa-apa pun, buat dengan all heart mat saleh cakap, buat dengan bersungguh-sungguh dan serius. Ini, semua buat tak endah je dengan tema, kalau bertemakan warna baru nak ikut. Orang yang datang betul-betul pakai ikut tema plak yang jadi bahan bualan.

Minah A: pess...pess... tengok dia, ya Allah, over kan. Kalau aku malu nak pakai cam gitu.
Minah B: ye lah. Tengok-tengok semua orang pandang dia. Mesti tebal muka dia kan.
Minah A: entah. Tak payah lah nak vogue sangat. Dinner je pun. Tengok macam kita ni, biasa je kan. Bukan ada hadiah pun kalau pakai ikut tema.

Tengok minah dua orang, mulut laser kan. Dah orang tu nak pakai ikut tema. Biar lah, yang ko pemalas nak cari baju, berdandan apa semua ada orang marah? Patutnya dah ada tema tu, berusahalah sikit untuk patuhi. Kalau takut malu or rasa tak selesa takpelah kalau tak nak ikut pun. Hak masing-masing. Tapi tak payah lah nak hina dan mengata orang lain. Salah ke dia ikut tema?

Bagi aku orang yang kutuk orang lain ni sebenarnya penakut dan dengki. Yelah orang tu berani bergaya dan yakin dengan penampilan dia. Manakala orang yang dok mengata tu dengki sebab dia tak pakai macam tu. Kalau ada orang pakai ketat dan terdedah semata-mata nak ikut tema, itu lain cerita. Tapi ia still bukan lesen untuk kita kutuk mereka, sebaliknya doa dalam hati harap kita tak macam itu. Ini tak. Cakap kat mulut “ish...ish... jauh lah kita dari jadi macam dia kan. Memalukan orang ponpuan je.” Ko ingat doa tu dapat pahala ke? Ko lagi memalukan orang perempuan. Sebab orang-orang yang kuat mengumpatlah, kini perempuan dilabel ‘gossip girl’, busy body dan macam-macam lagi.

*Si polan: ek eleh, you tu tak ngumpat orang ke? Memang naluri pompuan macam tu. Nak buat cam mana?

Hah ni orang kita. Bila ditegur kita balas balik. Tak boleh ke ambil yang bermanfaat je. Ada otak kan? Tapislah apa orang kata. Yang baik ambil, yang buruk buang. Kalau kawan kita cakap ;

Kawan: ko tak solat ke? Aku tengok ko ni asyik tinggal solat je sekarang ni. Jangan lah macam tu.solat tu wajib tau, berdosa kalau tak buat.

Kita jawab: eleh ko tinggal-tinggal juga. Semalam ko bangun lewat, tak solat subuh juga. Cermin la diri dulu sebelum cakap orang.

Kurang ajar kan. Kawan kita cakap benda baik, dan memang kita yakin apa yang dia cakap betul. Kenapa nak persoalkan dia nye? Dia ada kekurangan, bila dia nasihat kita, jadi peringatan untuk diri dia juga.

Patutlah orang suka mengumpat, sebab kalau cakap depan, nanti kena tibai balik. Berubah lah kawan-kawan, aku cakap agar ada yang sedar. Jom kita berubah sama-sama. Tak mengumpat ni best. Kawan sentiasa percaya dengan kita. Malah rakan akan bertambah dan kita lebih disayangi. Serius, aku ada kawan yang macam tu, tak suka mengumpat. Bila kita mengumpat depan dia, dia cakap benda positif je. Contoh nya;

Minah C: ko tahu, budak tu dia gedik gila dengan lelaki, menyampah aku.

Kawan aku: biarlah, kalau apa nak bagitau lelaki apa-apa, ko nak bagitau? Tak nak kan? Rasa malu kan? So biarlah dia pergi. Kalau orang yang macam tu takde susah kita.

Kawan aku ni memang satu kelas sayang kat dia termasuk budak lelaki yang jahat-jahat. Kitaorang rasa macam dia ni seorang ibu tau. Sepanjang aku kawan dengan dia, tak pernah ada orang ngumpat dia depan aku. Aku ni kira kaki ngumpat gak la time tu. Sekarang aku cuba praktikkan cara kawan aku ni, bukan nak disayangi tapi untuk halang diri menambah-nambah dosa. So moh lah kita.

p/s: alamak panjang nye entry hari ni. Sorry, nilah padahnya menaip dalam keadaan emosi.