Sunday 20 November 2011

kenal dulu, nilai kemudian....peace


Assalamulaikum,

Hari ni aku rasa emosi tak stabil. Semalam hari sabtu ada satu ceramah yang wajib dihadiri, tapi pening kepala punya pasal, aku tak pergi. Mak ayah ajak balik tapi kononnya nak pergi ceramah, aku tolak. Rugi je kan?

Tiba-tiba dapat satu mesej dari classmate yang mengatakan lecturer marah budak sem 1 sebab ramai yang tak datang ceramah wajib dan nak jumpa sesiapa yang berkenaan nanti. Aku pun rasa bersalah. Patutnya pergi je time pening-pening tu, lepas tu bantailah tido kat sana nanti. Aku pun satu, baca post kat fb tak habis, rupanya ada terselit ATAS ARAHAN NUSA. Kawan aku yang mesej tu kata dia baca post tu dekat group page kelas kami pasal lecturer marah tu. Aku yang inginkan kepastian pun buka la page tu.

Then, STEAAAAAAAAAAARRRRPPPPP. Terkoyak hati. Seseorang terpaksa menanggung kesalahan kitaorang. Dia kena marah dan dia postkan rasa kekecewaan dia tu kat page. Tapi dengan penuh kebencian, dia luahkan dengan menggunakan kata-kata kesat. Ramai yang panas, tapi sikit je yang bersuara. Ramai taknak cari gaduh. Ada yang menambah untuk kongsi rasa tak puas hati. Katanya nama budak sem 1 dah busuk gara-gara benda ni.

Aku bertambah rasa bersalah. Kecuali pada yang guna kata-kata kesat tu. Yelah memang kami salah so marah dan nasihat jelah. Perlu ke maki? Aku komen post seorang kawan yang merasakan benda yang sama. Bagi aku, dia dah maki kitaorang kerana kitaorang tak datang, jadi rasanya hutang dah dibayar. Kitaorang tak perlu minta maaf kat dia lg la kan? Setelah bertelagah beberapa lama, ramai yang nasihatkan suruh berhenti. Percakaran tu menggundang rasa tak selesa kat ramai pihak. Takut hubungan sekuliah jadi awkward. 



Ada yang cakap semua ni adalah disebabkan emosi tak stabil. Bila dah marah, kita kurang berfikir secara rasional. Aku pun dalam keadaan marah, walaupun rasanya dah komen dalam keadaan sabar, tapi kata-kata aku masih tajam. Mungkin kerana masih tak boleh terima kenyataan bila orang guna perkataan yang tak professional. Setelah tenang aku berfikir lagi, jangan kerana satu kesalahan dia kita lupakan seribu perkara betul yang dia buat. Ok. Aku kena tenang. Baru banyak perkara positif yang datang. Kita ada kekurangan dan kita perlu terima kekurangan orang lain. Perkataan kesat mungkin satu kebiasaan bagi sesetengah orang. Dan setengah yang lain sangat tak boleh terima dan rasa itu adalah sesuatu yang menunjukkan orang berkenaan tak hormat langsung dengan siapa dia bercakap. Kawan rapat pun kena hormat, apatah lagi rakan sekuliah sahaja. Jadi aku cakap dengan diri aku, lain orang lain definisinya. Kenali rakan dan nilai kemudian.

Namun, berapa kali aku fikir, aku still rasa guna perkataan kesat memang salah. Ada banyak lagi perkataan tajam yang boleh digunakan. Contohnya cakap gunalah akal sikit daripada cakap ‘kurang bijak’ korang-faham-maksud-aku.

Apa pun, aku minta maaf kat orang yang datang dan yang ada sebab munasah tak datang yang cool je. Tak sangka sedikit kesalahan kami tinggalkan kesan yang sangat besar kat korang. Benda ni bukan dirancang untuk nak malukan batch kita. Serius aku rasa bersalah dan sedia terima hukuman. Lepas ni janji tak buat lagi (angkat ikrar tangan kanan dengan genggaman tangan kiri di mulut sambil membesarkan mata dengan harapan nampak comel). Bak kata pujangga Deeya, mari muntah secara berjemaah. 



p/s: sesiapa yang pernah buat salah dengan aku, or terasa macam pernah buat salah padahal takde pun, dan berniat nak minta maaf, don’t worry, aku dah maafkan. Aku tak boleh tidur dalam keadaan marah dan dendam jadi aku akan lupakan kesalahan orang dalam masa 5 minit. Lebih parah lagi, aku juga akan lupakan kesalahan aku sendiri dalam masa 5 minit gak. Sebab tu ramai yang angin dengan aku.

p/s si polan: mana taknya. Orang tengah marah dengan dia, tapi dia buat macam takde apa-apa siap tegur dan senyum-senyum lagi.

p/s 2: aku tak akan lanjutkan perkara sejam yang lalu. Jadi sabar jelah kalau kita macam bergaduh tapi aku boleh cakap dengan korang macam biasa. Itu perangai aku yang susah nak diubah. Sorry.

No comments:

Post a Comment