Sunday 25 September 2011

malaysian and mat saleh...sgt berbeza

Ramai orang Malaysia ni bila baru 10 tahun duduk kat US contohnya, bila balik negara kita cakap slengnya mengalahkan mat saleh London yang baru 2 tahun belajar Bahasa Melayu. Sedar ke tak?

Tak kan tak sedar? ok pernah tak korang tengok iklan ni dalam tv time raya?

Kisah seorang lelaki yang baru balik dari luar negara, naik teksi seorang wanita (Adibah Noor)
W: Encik ni baru balik dari mana?
L: Saya baru balik dari London, balik Malaysia untuk beraya(sleng yang mengada-ngada)
W: Amboi. Berapa lama dah encik duduk kat London tu?
L: 10....hari(sgt perlahan)
W: 10 tahun...wow.
L: Hari(perlahan)
W: ooo...10 hari.

See, iklan ni memang menggambarkan betapa orang malaysia sangat membanggakan bangsa luar dari negara sendiri.

*si polan: sorry i tak tahu pun. i tak tengok la tv Malaysia ni tak paham lagipun. Tengok astro je.

Fine, ni iklan dalam radio
Kisah seorang penuntut luar negara yang berborak dengan rakannya.
A: Ko tak balik Malaysia beraya ke tahun ni?
B: Tak, rase nak beraya di sini sahaja.(sleng ala-ala tak reti cakap melayu)
Tiba-tiba mak si B telefon
B: Hello(seperti biasa sleng yang berlebih-lebihan)
mak B: B, ni maak ni.(telor kedah)
B: ooo...maak. apa khabaq?(telor kedah yang pekat)

Tengok tu, boleh je sebenarnya nak cakap melayu. Ngada-ngada je lebih. Tapi kadang-kadang tak boleh nak salahkan diorang juga. Dah memang tuntutan di Malaysia memerlukan mereka berlagak sedemikian rupa. Contohnya kalu kita berbahasa inggeris pegi shopping mall, tanya tuan kedai:
Ni berapa harga? berbanding, how much of this? pasti dapat layanan yang berbeza. Kadang-kadang tauke kedai yang memalukan negara ni buat sombong dengan orang yang bercakap dalam Bahasa Malaysia sebab merasakan mereka ni mesti kurang educated atau takde standard.

Ben Bradshaw adalah orang US yang suka berbahasa Melayu

So cerminlah diri kita di mana Malaysia dalam hati kita. Biarlah kita jadi generasi baru yang lebih menyamatarakan semua orang dan tidak terlalu membanggakan negara luar. Ramai yang menyedari Malaysia tempat yang sangat makmur dan ingin jadi penduduk tetap di negara ini. Jadi bersyukurlah, kita antara orang yang bertuah.

Aku suka orang kelantan dan terengganu yang dimana-mana sahaja pasti membawa telornya. tapi janganlah bersifat daerah, seperti kawan sesama rakan senegeri. sepatutnya bercampur sesama Malaysia dan biar orang lain memahami dan membiasakan diri dengan longrat negeri kita. Semasa mempelajari bahasa asing jangan lupa belajar bahasa negeri-negeri lain, seperti utara, perak, sabah, negeri sembilan dan sebangainya.

P/S: Tak salah nak berbahasa inggeris dan telornya seperti orang US,UK,Australia dan sebagainya. Tapi kenapa tak mahu berbahasa melayu seperti orang melayu? Renung-renungkan dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment