Sunday 25 September 2011

AKU...si minah PROMOTER diri

 
Assalammualaikum.

Entry ni ala-ala macam nak memalukan diri sendiri. Well, sebenarnya aku nak kongsi satu perasaan di mana aku kaji ramai orang yang mengalaminya tanpa sedar.

Kakak dan adik aku selalu cerita betapa aku ni selalu puji diri sendiri depan parent kami. Tapi aku tak percaya...ayat lazim: mana ade, mana ade... Aku rasa diorang ni tak puas hati dengan aku kerana aku selalu disayangi dan jarang dimarahi oleh mak ayah kitaorang. Sebab aku ni jenis tak pandai berdikari dan tak berani buat sesuatu yang mak ayah tak suka. Contohnya, jalan malam-malam. Diorang 2 pula memang suka bersosial (bukan lah tahap so-sial tu, just pergi rumah kawan, pergi jomheboh, shopping mall, makan-makan, taman, tu jela). Aku pula suka duduk rumah, baca komik, tido dan tengok tv. Sebab tula mak aku takde la complain pasal aku.

Pada suatu hari, aku nampak perangai aku yang sebenarnya,
Mak: Ko ni kakak, macam hantu dah mak tengok. Muka dah lawa buat apalah pakai lagi benda-benda tu. Tu semua bahan kimia tahu, merosakkan kulit je.

Kakak: Takpe la mak, nurse memang kena pakai barulah muka tak pucat. Kita kena nampak ceria depan patient.

Mak: Tak payah. Cakap dengan lecturer ko tu, “Awak tahu tak makeup ni menjahanamkan muka je”.

Aku: (Menyampuk). Takde maknanya nak nampak ceria depan patient. Mak tengok Emy mana pakai apa-apa kan, mak?

Mak: Hah, Aimi bagus, lawa je.
(kembang aku dibuatnya)

Kakak: Eii, dia ni suka promote diri sendiri.

Adik: Aah, Emy ko ni selalu macam ni.

Aku: Eh, eh, mana ada. (muka malu)

PMA, tula kita dah buat sesuatu yang baik bagi mak ayah kita, patutnya diam-diam je la. Dah kurang dah pahala bila menunjuk-nunjuk depan orang. Ni adalah satu contoh, sebenarnya banyak lagi yang aku buat. Bila kita buat kebaikan diselangi perasaan nak menunjuk dan bermegah-megah, amalan kita tak naik ke langit sebaliknya Allah S.W.T suruh malaikat campak balik kat kita sebab tak ikhlas kerjakan kerana Allah.


Jadi aku kenalah betulkan niat dan buat sesuatu dengan ikhlas. Perangai buruk ni kena buang jauh-jauh walaupun untuk perkara kecil. Benda ni akan makan kita balik suatu hari nanti, disamping membuat orang menyampah kat kita. Aku takut la amalan aku tak diterima kerana terlintas terfikir soal orang akan anggap kita baik. Sebab aku selalunya nak jadi baik dan dalam masa yang sama nak orang approve aku sebagai orang yang baik. Padahal salah pemikiran tu. Kita patut buktikan pada Allah sahaja, kerana kita hidup ni pun Dia yang bagi nyawa. Bila aku fikir balik, aku berdoa sangat aku akan berubah dan jadi insan yang seiring dengan ajaran Rasulullah S.A.W. Amin.

Well, korang yang makan cili tu kena bersama-sama membaiki diri, menuju ke jalan yang lurus.

P/S: takut tak faham. PMA adalah padan muka aku. Ko ingat English je ade OMG. Aku lepas ni nak guna OT (maksud Oh Tidak) dari guna OMG. Mari kita memperkasakan BM...hehe. Oh yes, almost forgot, cili tu cabai pada sapa-sapa yang tak tau.

No comments:

Post a Comment