Tuesday 27 September 2011

komik Malaysia yang aku baru tahu...


Assalammualaikum.

Macam boring je entry ni kan. Tapi aku nak tulis gak. Selama ni aku cuma tahu pasal komik Gempak je. Tak pernah pulak dengar pasal Komik M, keluaran PTS. Yelah duduk rumah je, macam mana nak tahu...

Mula-mula aku beli dekat pameran buku university aku. 2 je yang ade. Lawak Org Bujang lukisan dia boleh tahan tapi Dunia Kartun, serius mula-mula aku tak nak beli... (of course sebab lukisan dia)... aku ni memilih sikit kalau beli komik. Lukisan buruk aku malas nak baca. Tapi sebab aku ingat PTS ni baru je buat komik so aku sebagai anak Malaysia yang setia kira nak support la jenama tempatan.

Lepas baca, aku syukur yang aku beli Dunia Kartun. Sebab kalau nak dibandingkan dengan Lawak Org Bujang, dia lagi kelakar. Dan semasa selakkan terakhir...jeng...jeng...jeng... rupanya dah banyak dah komik yang diorang terbitkan...kira ketinggalan zaman la aku ni... macam mana nak gelarkan diri peminat komik yang tegar.   T.T   belum cukup terer lagi aku ni.



Wah lepas ni kena kumpul la... sebab aku dah boring kat pasaran takde komik yang baru. Aku rasa bukan aku je yang tak tahu, kebanyakan otaku mesti tak tahu. Sebab kita focus pada Gempak, Arena dll, yang lebih kearah manga.

Okaylah...nak cepat ni...byeeee

No comments:

Post a Comment