Sunday 25 September 2011

Nurse Want-to-be....

Assalammualaikum...

Tajuk entry aku ni bersempena aku baru 3 minggu belajar di sebuah IPTA di negeri Selangor ini, tempat lahirku.Universiti ape? Tekalah sendiri. Yes, korang mesti dah tahu program apa yang aku dapat kan? Betul, aku ditawarkan ambil program kejururawatan. Mula-mula, jururawat adalah salah satu pekerjaan yang paling aku nak elak sebab pernah ada pengalaman yang tidak enak berlaku pada aku dan membuatkan aku tak suka dengan profession tu. So aku berat hati nak pergi mula-mula, tapi family aku happy sangat terutama kakak aku yang juga seorang future nurse gak.

Namun setelah cuti selama 5 bulan selepas tamat matrikulasi, baru aku tersangat-sangat nak jadi nurse. Kejadiannya bermula time atok sebelah ayah aku kemalangan motor dan buat dia tak boleh berjalan dan angkat tangan. Kena pergi fisio baru boleh baik. Kerana aku sorang  je yang available, jadi akulah yang jaga di rumah mahupun di wad.

Then, aku realise yang aku tak sanggup nak jaga atok aku. Tak sanggup tu bunyinya macam kurang ajar sangat kan? Tapi maksud aku, aku malu nak tolong dia buang air, mandikan dia dan gelilah nak buang urine dia. Hehe. So lama kelamaan, aku rasa aku akan jadi cucu dan suatu hari nanti anak yang biadap dan tak mengenang budi, bila mak ayah aku dah tua nanti. Aku ikhlas nak tolong atok aku tapi aku tak biasa dan malu. Tu je. Baby pun aku tak nak tukar lampin dia.

So aku takut akan kemungkinan itu, aku tak nak jadi derhaka pada Allah, Rasullullah dan keluarga. Tapi semuanya berubah bila kakak aku yang dulu memang mengada-ngada dan pemalas dalam family aku, tiba-tiba dia boleh uruskan atok aku dengan baik. Serious, kakak aku memang berubah dari ganas dan pemalas kepada rajin dan penyayang (sikit jelah...hahaha). Pertama kali aku bersyukur dia balik rumah (gurau jela...hahaha).


So sekarang aku sangat happy untuk belajar dan berusaha jadi nurse yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Tapi kena kuruskan badan la lepas ni....(T.T)....okay la doakan saya semua.

P/S: lecturer kata sem 1 practical mandikan patient dan buat benda yang geli-geli tu....(T.T).... you’ll be fine Aimi. Emm...takutnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

No comments:

Post a Comment